CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Feb 17, 2010

New Year 2010

Dah tahun baru 2010 ,2 bulan berlalu tapi busy sangat tak sempat nak tulis blog. Mama kalau cuti jer boleh buka blog.

Tahun ni saya dah tahun 4 cerdas. Kelas dekat tingkat 2 makin best . Adik sekolah sama dengan saya, lagi banyak kerja nak tolong tengokkan
adik sekali. Mama tiap2 hari pesan jaga adik. Kerja sekolah pun makin banyak. Tapi kalau nak jadi pandai kena rajin.

Harapan saya tahun ni semoga saya akan menjadi seorang yang lebih cemerlang dunia dan akhirat, seperti mama selalu cakap kat saya bila nak pergi sekolah.

Saya cuti Tahun Baru Cina balik kampung nenek Tg Malim. Best main dengan pak usu dan jalan-jalan ikut nenek.

Jumpa lagi

Jun 25, 2009

Bercuti Di Cherating

Pada cuti penggal yang kedua,kami sekerluarga bercuti di Cherating,Pahang.Saya menginap di The Legend Resort dan Grand Continental Hotel.Kami pergi ke sana sebanyak tiga kali.Kami tinggal di sana sebanyak 4hari3malam.Kami kesana menaiki kereta.Saya sungguh seronok dan teruja.

May 15, 2009

PKSR 1

Isnin hingga Khamis ialah hari peperiksaan sekolah kami.Kami berusaha kuat untuk lulus dalam peperiksaan.Kemungkinan ada yang lulus dan gagal.Markah yang saya tahu ialah sain(100%)bm penulisan(94%)bm pemahaman(88%)bahasa arab (95%)matematik(88%).Saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mendapat markah yang lebih baik lagi.

Apr 28, 2009

Pertandingan Khat

Hari Ahad yang bertarikh 26 April.Sekolah agama saya telah menyertai pertandingan.Pertandingan itu diadakan di Subang Jaya.Saya dan kawan-kawan pergi ke sana dengan menaiki van.Pertandingan yang diadakan ialah menulis khat,tilawah,nasyid,syair,azan dan khutbah Jumaat dan yang terakhir ialah hafazan dan terjemahan.Pertandingan itu habis pada pukul 4:30.Tetapi kami pulang pada pukul 1:00.

Apr 27, 2009

Sukan Tahunan Di Sekolah

Pada 25 April 2009,sekolah saya telah menjalankan sukan tahunan kali ke 50.Suasana di situ sungguh meriah.Banyak aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut antaranya ialah sukaneka dan banyak lagi.Pada hari saya hanya memenangi pingat perak sahaja.Yang penting seronok.

Mar 27, 2009

Genting Highland




Cuti sekolah yang lalu mama dan ayah bawa kami sekeluarga bercuti ke Genting Highland. Kami pergi selama 2 hari. Macam - macam permainan ada disana, saya bermain dari pagi sampai ke petang. Saya sungguh seronok. Next time saya akan datang lagi.

Mar 12, 2009

Tentang Ujian Di Sekolah


Pada bulan Mac,bertarikh 6 Mac hingga 14 Mac adalah hari ujian penggal pertama. Tapi saya tidak boleh hadir pada hari selasa hingga rabu kerana saya demam. Pada hari Khamis saya membuat semua ujian saya Matematik,English, Science, Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Saya harap saya akan mendapat markah yang terbaik.Sewaktu saya kembali, semua kawan saya kembali ceria.